hai.. bwu nak stat menulis bende ny..bye the way just nak share something yg mybe akan berlaku atau sedang berlaku kte x tw kan.. :0 nak share pape sal information stpm upgrade jew kat sini..leh greduate sesame
Ahad, 20 Januari 2013
Copy dari Buku
Asalamualikum sahabat sekalian..urm aq nak shere smthing at kowang pasal satu bende nie..mybe berguna and mybe x kowt..ikot pd kowang r..but aq rase bende ny pown kowang nilai lah sendirik..
Hari ini saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang ibu yang kesepian. Ditinggalkan oleh anak-anak. Beraya seorang diri sejak suami yang dicintai meninggal dunia.
“Mak cik tahu menjadi beban kepada anak. Lagipun, hidup bergantung kepada kerusi roda seperti sekarang membataskan pergerakan mak cik. Kalau tinggal dengan mereka, mesti susah untuk mereka uruskan mak cik,”
Hari ini saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang ibu yang kesepian. Ditinggalkan oleh anak-anak. Beraya seorang diri sejak suami yang dicintai meninggal dunia.
Berikut saya sertakan beberapa dialog luahan hati seorang ibu yang ditinggalkan ini :
“Siapa tak teringin nak tinggal dan beraya dengan anak? Biarpun keadaan mak cik macam ini, hati mak cik masih kuat nak balik ke kampung,”
“Sudah bertahun-tahun mak cik tidak balik ke kampung. Mak cik teringin dan rindu beraya dengan anak. Sebelum ini, di sinilah tempat mak cik beraya dan menyambut puasa.
“Begitupun, mak cik serahkan semuanya kepada anak. Kalau mereka datang jemput, mak cik ikutkan saja. Kalau tidak, mak cik beraya di sini dengan kawan.“Mak cik tahu menjadi beban kepada anak. Lagipun, hidup bergantung kepada kerusi roda seperti sekarang membataskan pergerakan mak cik. Kalau tinggal dengan mereka, mesti susah untuk mereka uruskan mak cik,”
Hati ibu mana yang tidak sedih bila berada dalam keadaan seperti ini. Mahu atau tak, mak cik perlu jaga diri sendiri dan doakan kebahagiaan anak.
Begitulah dialog-dialog yang apabila membacanya saya rasa tersentuh. Bagaimana seorang ibu yang mempunyai penyakit kusta dipinggirkan oleh anak-anaknya. Bukan seorang anaknya, bukan 2 orang, bukan 3 orang, tetapi 6 orang.
Sebagai ringkasan kisah ini, Mak Cik Halus merupakan seorang pesakit kusta yang tinggal di sebuah rumah kebajikan. Beliau menemui jodoh bersama suami tercinta disana, dan bersama pasangannya, beliau melahirkan 6 orang cahaya mata. Namun kini, Mak Cik Halus terpaksa beraya seorang diri bersama teman-teman tanpa keluarga disisi kerana suami beliau telah meninggal dunia dan anak-anaknya tidak lagi menghiraukannya.
Apa kata anda?
Happy bezdaY eIEN..
ASALAMUALIKUM ...
tanggal 20 hari bulan 1 adalah tanggal hari jadi kawan aq..name dye eien.. disebabkan ari ny hari jadi dye..aq nak share smthing pasal erti persahabatan..

Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur
umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran
namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati
bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin
menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian
yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya
terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan
bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri
tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan,
tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat
sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam
setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan
dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai
persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan
dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna
iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri
sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan
konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan
mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di
dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan
yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan
bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan
tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu
memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan
sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat.
.Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk
menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas
dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat
kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah
saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah
dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang
dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade
berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara
sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang
menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam
diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh
bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain
juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan
keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika
sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita
menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tempah Percutian Murah Anda Sekarang !!
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala
akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat
lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus
disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu
menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian
sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah
bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila
melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak
keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat
menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara
berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua
mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu
Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita
yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah
memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan
lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat
menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau
mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau
memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau
panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik
kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu
bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah
lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan
memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun
matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita
mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu
mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah
malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat
islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat
menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai
seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada
kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita
dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu
wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi,
walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan
bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..
14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal
Seringkali dihujani emel (dan juga titisan hujan, tapi itu lain cerita) dengan soalan-soalan seperti bagaimana caranya untuk menambah trafik blog saya, atau apakah langkah yang boleh saya ambil bagi menarik pembaca ke blog saya atau Hanis, bolehkah anda berkongsi rahsia menjadi seorang blogger yang masyhur atau Hanis sudikah anda mengahwini saya, nama saya Jordan Chan. YA T_T Okay mungkin terlalu obvious soalan yang last itu cipta sendiri.
Maka dengan ini, saya dengan murah hati (tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan okay okay cukup) untuk berkongsi perkara-perkara yang saya pelajari sendiri setelah sekian lama bergiat (lama? 9bulan lama? lama lah, kalau bayi, dah pandai menggeliat dah) dalam dunia belog, menceritakan perihal sehari-hari kepada yang jauh dan yang dekat (dan tak sangka kepada, yang berminat), seterusnya mengglamourkan blog ini, disamping mendapat pendapatan sampingan darinya (kini anda juga boleh!).
Walaupun pada awalnya, hanya berbelog untuk mengekspresi dirimu, tapi alhamdullillah, saya dikurniakan rezeki darinya dan kini pendidikan saya dibiayai oleh wang pendapatan dari belog :') Saya sangat teringin jikalau lebih ramai orang dapat merasai sendiri manfaat dari dunia belog. Sumpah teruja sangat okay ketika dalam usaha mengkompilasikan tips-tips untuk pembaca tersayang! Ingat, jangan kedekut ilmu pengetahuan :)
Mempersembahkan (sumpah kenapa teruja gila siap mempersembahkan segala, malu I), tips-tips menjadi blogger berjaya yang anda mungkin terlepas pandang.
1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahamitetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:
www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk belog hebat.
Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatianorang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.
3. Tajuk entri mengancamIni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?
4. Isi entri setimpal.ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T
5. Perkara yang harus dielakkan.Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja denganshort form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".
6.Lirik lagu.Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletaklirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

7. Kosa kata yang luas.Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.
8. Perihal gambar.Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.
9. Perihal gambar 2.Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.
10. Tema.Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon denganbackground YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.
11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!
12. Carutan dan kutukan.Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.
13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :BOkay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :)
Sabtu, 19 Januari 2013
hari Pertandingan Merentas desa
hahaha siyes ny hari paling best..mcm2 bau dapat time nak balik..tp enjoys tw..hahahaha
best dpt pingat kene syko..mcm r.. org kate satu murid satu sukan!!!
Masyarakat Feudal Sejarah Penggal 1
masyarakat feudal
1. Feudalisme adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya Sistem Feudal (Feudalisme) bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat.
3. Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan pada kurun ke- 17 bagi merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling memerlukan di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal pada zaman itu.
4. Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92 ) Pada asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah (petani) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah membekalkan buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal) kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta hak-hak perundangan. Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi. Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar (bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau petani.
2. Raja mempunyai kuasa mutlak dan berada dikedudukan paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai subinfeudation.
4. Bangsawan lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja (Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

sahabat selamanye T_T
firstly aq ak share ngn kowang pasal kawan2 baik aq.. aq ada kawan yg last dalam group aq.. kat skola hafiz je lah kwan baek aq ngn eien..tp kat luar aq ada dyewg ny, walau dyewg kadang ada buat perangai tp aq yakin boleh berubah.bb uw aq setia kwan ngn dyewg.. enjoys beb time spm ngn dyewg cume kalaw hangout je kekadang ditinggalkan..haha bg aq normal.kalaw best friend kat skola uw hafiz ok gak la..tp perangai kuat syko..tp siyes beb happy tw..
urmm cume hubungan agak renggan skunk..munkin ada hikmah nye..kalaw hafiz bace..aq cume nak mintak maff at koe law ada salah,,siyes aq btol2 minta maaf at ko and family koe..insyaalah bile aq akan btolkan kesilapan aq yg lalu.. aq cume x nk ingt mase silam jeq,....aq nak minta maaf kat mira,eien,zoey,apeiz,maca,wan,jenggot kalaw aq nmpk salah koe je.byethewy aq yg bnyk salah sebenanye..
kawan2
hadiah pertama di smk munshi sulaiman :)
seriusly best gler time diumumkan aq sbagai perseta ke lapan merentas desa... penat tw...saket2 kaki aq..tp ny lah hasilnye walau bukan emas...
tp yang lawaknye adalah pingat yang disedaikan dari tempat pertama hingga ke 15 untuk setiap katogori
hahahah...perserta yg bertanding hanya 16 org maknenye cume sorang je x dapat pingat..hahahha
pasal velog nie:)
asalamualaikum kawan aq bwu blaja buat bende ny,, aq suke berkongsi cter atau ape2 kat orang asalkn x peribadi.. aq yg laki 2 bukan yg pompuan..hahahah
so insyaallah aq nak share pape yg menarik yg berlaku dalam hari2 aq kat mane2 or pasal org laen pown x ape..hahahaha
aq cume nak share pasal stpm yelah mane yg aq tw..keje yg meninbun uw mcm lg r smue nak share..hahah

Langgan:
Ulasan (Atom)